hack


hello dan assalamualaikum,
korang tahu kan fb aku kena hack? kalau taktahu. ok fb aku kena hack........ hahahahaha k. sekarang ni ramai gila hacker yang tak berbayar, yg tak berhati perut, yg lain-lain lagi la suka sangat hack fb orang yang tak bersalah ni. serius macam bodoh kan? korang dah takde kerja lain ke? lebih baik study leklok kat rumah tu lagi baik. haishhh sampai buat crew lagi. 


mengikut dari komen yang aku baca. dia hack fb orang yg tak bersalah ni sebab gambar tuan fb ni seksi. bagi aku, takde la terlalu seksi. bak kata hacker ni

"kami cuma berjihad, bukan mencari publisiti"

okey, niat kau dah memang betul untuk memperbetulkan orang tu supaya dia tutup aurat dia. tapi bukan macam ni caranya. memang dia ada kurang ajar sedikit dekat gambar haritu sebab kau bukak hadis. tapi hack ni bukan cara dia. ini cara kafir. kalau kau orang islam, kau boleh tahu kan yg hack ni dikira menganiaya orang dan memecah masuk privacy orang. itu juga dikira dosa. jadi, sebelum nak memperbetulkan orang lain. sila memperbetulkan diri sendiri dulu :-) aku cuma nak nasihat. kepada sesiapa yg niat nak jadi seorang 'hacker'. hentikanlah niat korang tu.


dalam kes aku pulak, hacker ni hack fb aku sebab nak mintak topup Molpoint. ini topup game mende entah. tapi yang ruginye, aku lupa password email yahoo aku. arghhhh tersangat rugi. email fb kita tu penting tau tak.  sekiranya korang kena hack, korang boleh dapatkan reset password dekat email yahoo fb korang tu untuk dapatkan balik fb korang.. yela aku buat email tu pada tahun 2008. haha memang lupa la jawabnya. sesiapa yang ingat password email yahoo korang kira okey la. tapi yang lupa tu. sign up baru yahoo mail dan tukar email fb korang.

kalau kau rasa jadi hacker ni syokkkk, kalau rasa kau bahagia gila jadi seorang hacker, kalau rasa diri tu dah banyak pahala sangat sampai nak buat dosa. ok berbahagia la di dunia yang hanya sementara ini. tapi kau akan sakit di akhirat nanti, assalamualaikum :)

notis: "kalau apa yang aku taip ni ada salah, sorry hihi"

Thank you for reading :)

No comments: